About

Apakah Fotografi Malaysia?(English version?)
Fotografi Malaysia (FM) ialah website untuk penggemar fotografi di Malaysia. Jika anda minat dengan fotografi, kamera atau foto; tak kiralah anda professional, sekadar hobi, atau sekadar minat lihat foto anda layak untuk menjadi ahli FM. Laman ini adalah khusus untuk anda memaparkan karya foto anda untuk dilihat oleh penggemar foto yang lain. Tak kiralah jika anda menggunakan SLR, DSLR, kamera digital point and shoot malah jika menggunakan handphone sekalipun anda boleh hantar karya foto anda di sini. Fotografi ialah fotografi. Laman ini juga akan dimuatkan dengan berita-berita terkini mengenai dunia fotografi dan review kamera-kamera terbaru.

Apakah objektif Fotografi Malaysia?
Objektif Fotografi Malaysia ialah menjadi website di mana anda boleh menunjukkan karya foto anda kepada penggemar fotografi yang lain. Ahli yang lain boleh memberi Rating, memberi komen dan menilai karya foto anda.

Bahasa?
Secara umum, bahasa utama laman ini menggunakan Bahasa Melayu, tetapi ada juga beberapa bahagian yang akan dicampurkan dengan Bahasa Inggeris. Bahagian Blog akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, tetapi ada beberapa terma yang tetap akan menggunakan Bahasa Inggeris kerana ia akan lebih mudah difahami. Anda bebas menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris di dalam submission dan komen anda.

Tiada forum? Tiada fungsi social network?
Seperti yang telah dinyatakan di objektif di atas, buat masa ini Fotografi Malaysia akan fokus kepada showcase ataupun mempamerkan karya foto anda sahaja, Fotografi Malaysia bukanlah sebuah social network. Fungsi-fungsi lain seperti forum, social network mungkin akan ditambah pada masa hadapan kerana pembangunan laman ini akan sentiasa dibuat. Ini hanyalah versi permulaan. Lagipun, laman Facebook Fotografi Malaysia ada menyediakan ruangan untuk berforum dan berdiskusi. Mengapa? Dengan fokus kepada penghasilan foto dan pameran foto, perkembangan fotografi di Malaysia akan lebih berkembang.

Foto aku ialah hak intelek aku. Tapi aku nak tunjukkan karya foto aku. Bagaimana?
Ya, foto kita ialah harta intelek kita. Untuk itu, Fotografi Malaysia menggunakan Creative Common License untuk menjaga karya foto anda. Lesen-lesen ini membolehkan si pemberi lesen membenarkan karyanya disalin dan diedarkan semula kepada orang lain, namun sebahagian daripada hak-haknya dipelihara mengikut syarat-syarat tertentu. Untuk keterangan lanjut mengenai Creative Common License, sila ke page ini.

Bantuan?
Sekiranya anda perlukan bantuan bagaimana untuk berkongsi karya foto anda, silalah ke page Help atau Categories Help. Bahagian Help akan sentiasa ditambah bedasarkan feedback daripada semua ahli. Untuk memberi feedback, sila ke laman Feedback.

Follow Us!

Facebook

Twit! Twit!